Maklumat Kenderaan dan Maklumat Insurans Untuk Pendaftaran & Renew Insurans

Rate this post

Prepare Your Business, Life, and Wealth with COVID-19 Insurance

Maklumat Kenderaan dan Maklumat Insurans Untuk Pendaftaran & Renew Insurans.

Terdapat tiga perkara yang ditetapkan di bawah perkhidmatan JPJ melibatkan maklumat kenderaan, semakan lesen memandu, dan semakan kesalahan penalti.

1. Semakan Maklumat Kenderaan

Kamu boleh menyemak maklumat seperti semakan tarikh luput serta permohonan perbaharui dan juga pembatalan lesen kenderaan bermotor.

Anda juga boleh menyemak perkhidmatan permohonan pemasangan lampu mata arah dan penggunaan semula nombor pendaftaran yang hilang.

2. Semakan Lesen Memandu

Perkhidmatan semakan lesen memandu melibatkan semakan tarikh luput lesen memandu, permohonan permit pemanduan antarbangsa, dan rayuan lesen memandu tamat tempoh.

3. Semakan Kesalahan Dan Penalti

Semakan kesalahan penalti melibatkan semakan kepada pemegang lesen memandu sama ada mempunyai rekod saman atau tidak.

Selain daripada itu, juga dapat mengetahui sama ada pemegang lesen atau kenderaan mempunyai rekod senarai hitam bagi transaksi perkhidmatan JPJ.

Maklumat Motosikal

Maklumat berkenaan motosikal sangat penting untuk keperluan insuran. Sebelum membeli polisi insuran anda perlu mengetahui beberapa maklumat seperti:

1. Nilai Insurans Motosikal Anda

Nilai insuran ialah nilai berapa besar kerugian atau kerosakan yang boleh anda tuntut daripada syarikat insuran untuk anda.

Nilai insuran dibuat berdasar kepada harga pasaran motosikal semasa anda mengemukakan pembelian polisi insuran.

Untuk motosikal baru, harga pasaran ialah harga beli motosikal berkenaan. Sedangkan untuk motosikal terpakai mesti mengikut jenis dan kapasiti enjin motosikal, umur, serta keadaan fizikalnya.

Nilai insuran kemudian ditentukan oleh syarikat insuran, anda pun perlu mengajukan harga dari cover glass pembelian dan nilai itu ialah ada di bawah tanggung jawab anda.

Setelah membeli polisi insuran, dalam masa satu bulan anda akan menerima kontrak polisi dari syarikat insuran.

2. Polisi Insurans Single Rider dan All Rider

Insuran single rider hanya membolehkan perlindungan bagi nama yang terdaftar dalam insuran.

Sedangkan insuran all rider merangkumi semua penunggang motosikal berkenaan termasuk bukan pemilik kenderaan.

Walau bagaimanapun, sebagai pengetahuan anda apabila berlaku kemalangan insuran akan dahulukan cover atas nama pemilik sahaja.

3. Cara Buat Tuntutan Insurans Motosikal

Buat tuntutan kemalangan motosikal tak jauh berbeza dengan kereta. Anda perlu membuat report polis dan serah dokumen-dokumen yang diperlukan kepada syarikat insuran untuk membuat tuntutan.

Dokumen yang diperlukan seperti salinan geran, lesen memandu, kad pengenalan, dan report polis yang anda buat.

Sebagai pemilik yang namanya tersenarai dalam insuran, anda berhak memperoleh pampasan daripada syarikat insuran.

Proses Pendaftaran Kenderaan Masuk ke Malaysia (Malaysia’s Vehicle Entry Permit)

Sejak Oktober 2017, kerajaan Malaysia memaklumkan bahwa kenderaan yang berdaftar di luar negara wajib didaftar di bawah VEP.

Maklumat terperinci kenderaan dan insurans harus diberikan untuk membuktikan bahwa kenderaan berkenaan bukan hasil pencurian ataupun cloning.

Proses pendaftaran memerlukan banyak maklumat dan memakan masa cukup lama bagi anda yang akan melintasi sempadan negara.

Pemilik kenderaan dikehendaki membuat temu janji untuk memasang tag RFID (radio-frequency identification) seterusnya menunggu panggilan daripada jabatan untuk proses.

Hanya kenderaan berdaftar dengan VEP sahaja yang dibenarkan memasuki Malaysia setelah aturan ini ditetapkan. Bagi pemilik kenderaan yang gagal mendaftarkan VEP menerusi laman JPJ akan dikenakan saman sebesar RM150.

Membuat temu janji, anda perlu merujuk kepada ketersediaan dalam slot di JPJ. Selain membuat pendaftaran melalui pejabat, anda pun boleh menggunakan laman web.

Cara pertama yang perlu dibuat ialah membuat akaun atas talian.

Selanjutnya masukkan maklumat terperinci kenderaan, alamat emel, dan indentiti pemilik kenderaan. Setelah itu, buat temu janji dan RFID tag akan dipasang.

Setelah berdaftar, pemandu kenderaan dikehendaki memasukkan maklumat kenderaan termasuk maklumat enjin dan identity kenderaan.

Maklumat Kenderaan yang Diperlukan untuk Memperbaharui Insurans

Maklumat terperinci kenderaan dan insurans berkaitan satu sama lain. Setelah membeli insurans, anda pun harus memperbaharui insurans setiap tahun.

Anda perlu mengambil kira beberapa perkara untuk menjimatkan kos memperbaharui insurans, caranya ialah dengan menguruskan pembaharuan tanpa melalui runner atau pihak ketiga.

Cara Buat Tuntutan Insurans Motosikal

Cara Buat Tuntutan Insurans Motosikal

Jika memperbaharui insurans menggunakan khidmat ejen ataupun runner, anda perlu membuat bayaran tambahan sekitar 10 peratus dari harga insurans.

Kebaikannya ialah anda tak perlu runsing menguruskan insurans, mereka akan menolong urusan hingga selesai. Sebaliknya, apabila menguruskan sendiri anda perlu faham sedikit banyak tentang insurans untuk mengelakkan sebarang kesukaran.

Renew insurans kenderaan boleh anda buat dengan langsung datang ke kaunter Pejabat Pos Malaysia berhampiran atau pejabat syarikat insurans.

Dengan demikian, maklumat terperinci kenderaan dan insurans sangat penting. Gunanya untuk menguruskan perbaharuan insurans dan cukai jalan kenderaan anda sama ada kereta ataupun motosikal.

Caranya yang pertama iaitu, anda harus memeriksa kelayakan diskaun tiada tuntutan dan menilai harga pasaran semasa. Dokumen yang harus dibawa ialah seperti polisi insurans yang sedia ada, cover note, dan geran kenderaan.

Datang ke pejabat syarikat insurans dan semak harga renew insurans anda. Setelah berpuas hati dengan harganya, anda boleh terus membayar wang pendahuluan. Syarikat akan menghantar polisi insurans dalam masa sehari menerusi emel yang anda berikan.

Selesai renew insurans, perbaharui road tax di MyEG, JPJ, ataupun Pejabat Pos. Maklumat kenderaan yang diperlukan untuk memperbaharui cukai jalan ialah nomobor kad pengenalan pemilik, nombor pendaftaran kenderaan, jenis kenderaan, tahun pembuatan, jumlah insurans, dan kapasiti enjin kenderaan.

Pastikan anda membayar nilai insuran sesuai dengan nilai kenderaan semasa. Apabila membayar di bawah nilai, anda akan menanggung kos kelebihan yang tak dilindungi insuran ketika berlaku kemalangan. Sebaliknya, apabila membayar di atas nilai kenderaan, syarikat tetap menanggung sesuai dengan nilainya, anda pun rugi karena membayar lebih mahal.

Untuk pengetahuan anda, nilai pasaran berbeza dengan harga beli karena nilainya akan menyusut setiap tahun. Nilai insuran juga berbeda antara satu syarikat insurans dengan yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *